Gallery

  • Main
  • Gallery

Alhamdullillah, Minggu Ini Team Kami, Coach Hadi Salleh

Alhamdullillah, minggu ini team Kami, Coach Hadi Salleh mendapat jemputan untuk mengelolakan program 2 Hari 1 malam Kursus Asas Keusahawan bersama Usahawan Risda Negeri Pahang.

Program Anjuran Dimension Tree Resources dengan Kerjasama Risda.

Sekadar perkongsian. Banyak asas keusahawan dikongsikan antaranya, pengurusan perniagaan, Business Model Canvas, Asas pengurusan kewangan, Pemasaran offline dan online, minda keusahawan dan pelbagai lagi.

Ada yang berniaga bakery dirumah, buat bahulu gulung, menerima tempahan jahitan, suprise bouquet dan tak lupa juga usahawan fertigasi sayut seperti timun tua dan peria yang kini ke arah iot. Moga impian mereka mencapai target jangka masa pendek dan panjang dapat dicapai sebaiknya.

Banyak ruang dan peluang disediakan, hanya menanti kita untuk mencapainya. Insha Allah.

#kursusasaskeusahawan
#usahasampaikeawan